28/08/13

Musik dan Sejarah 2

Orchestra

Orchestra Bamboo dari Jepun
Orchestra -- sekumpulan besar himpunan alat-alat muzik yang mengandungi bahagian string, brass,woodwind, & alat percussion. Istilah orkestra (orchestra) asalnya dari perkataan Greek nama kawasan didepan pentas Greek purba yang disediakan untuk Greek chorus (penyanyi latar & pemuzik). Orkestra menjadi berkembang menjadi sepanjang abad ke 18 & 19, tetapi sedikit pertukaran dari segi komposisi semasa abad ke 20. Saiz orkestra kecil (50 atau kurang sikit dipanggil "chamber Orchestra" ataupun "orchestra" sahaja). Saiz penuh (100 pemain) dipanggil "symphony orchestra" atau "philharmonic orchestra". Perubahan ini tidak semestinya menunjukkan kelainan peranan orkestra tetapi berguna untuk membezakan himpunan (ensemble) dibandar yg sama seperti London Symphony Orchestra & London Pilharmonic Orchestra. Satu kumpulan besar mengandungi alat-alat muzik tradisional juga boleh di panggil orchestra.

Symphony atau philharmonic orchestra


John Williams seorang komposer terkenal untuk soundtrack filem. Dia juga lah yang mengarang lagu untuk filem seperti Jurassic Park, Jaws, Indiana Jones & Harry Potter. 

John Williams


Synthesizer Keyboard

Synthesizer terawal 1960-an
Muzik Pop moden banyak menggunakan peralatan keyboard synthesizer. Mungkin kamu pernah mendengar piano di mainkan dalam lagu pop & mungkin kamu pernah melihat bunyi piano atau alat muzik string dimainkan dari keyboard synthesizer. (kalau tak pernah, pergilah tengok diluar sana dimana ada tempat orang buat persembahan bermain alat muzik). Kemungkinan besar bunyi itu datang dari keyboard synthesizer menyerupai bunyi piano acoustic hanya sedikit perbezaan ia lebih terang & sharp tone. Bunyi alat muzik string (violin ensemble) & brass (alat tiupan angin -- trumpet,horn) pun boleh dimain dari keyboard synthesizer. Begitu juga bunyi percussion (drum,cymbal) & juga bunyi ganjil yang tidak terdapat pada alat muzik lain & juga bunyi-bunyian organ. Synthesizer atau synth alat elektrik boleh mengeluarkan bunyi dengan menjana isyarat elektrik pelbagai frequency. 
Isyarat elektrik ini kemudian di mainkan melalui speaker. Synthesizer boleh mengeluarkan julat bunyi yg luas, samada menyerupai bunyi alat muzik yang betul, atau mengeluarkan bunyi timbre (tone quality & tone colour). Keyboard synthesizer bukan alat muzik gitar. Tetapi ia juga boleh mengeluarkan bunyi menyerupai alat muzik bertali. Satu set alat muzik moden seperti gitar, bass, drum, string & wind instrument boleh dimainkan dengan menggunakan hanya satu keyboard synthesizer atau Digital Sound Processor keyboard melalui protokol MIDI (Musical Interface Digital Interface) yg membolehkan Synthesizer, mesin drum synthesizer elektrik, computer, MIDI controller, sound card, sampler menyelaras sesama sendiri. Cuba kamu sendiri google & cari sejarah synthesizer di wikipedia, kamu akan membaca bagaimana ia digunakan secara meluas pada 1970an yg perlahan-lahan menggantikan organ.

Tahun 1980an keyboard synthesizer diguna secara meluas selaras dengan perkembangan teknologi elektronik. Muncul band yang memainkan muzik disco (synth pop & techno) secara elektronik keseluruhan seperti Depeche mode, Devo, Bellville Three, Giorgio Moroder, Cybotron & banyak lagi. Alat Synthesizer juga digunakan mengiring penari breakdance, & rakaman lagu lagu Rap. Muzik Jazz, R&B, Pop, hip hop, Rock, Metal atau apa apa saja lah mendapat manfaat dari perkembangan teknologi synthesizer (keyboard) kerana bunyi satu set orkestra (40 -- 60 alat muzik acoustic atau muzik elektrik) boleh dimainkan hanya dengan memainkan beberapa keyboard synthesizer. Pemain keyboard Synthesizer -- Kitaro (lagu Matsuri, bunyi synthesizer menyerupai bunyi flute), Stevie wonder, John Lord (Deep Purple). 

Synthesizer keyboard

Organ




  
Organ berkuasa air pada zaman Rom










 Binaan paip besi yang mengeluarkan bunyi dari organ berkuasa udara






keyboard untuk pipe organ
Organ (perkataan Greek bermaksud "alat") ialah alat muzik berpapan nada (keyboard instrument) terdiri dari beberapa division, setiap satu dipunyai satu papan nada (keyboard) dimainkan dengan tangan atau kaki. Organ alat lama dimainkan dalam Tradisi muzik barat bertarikh dari masa 285-222 BC Ctesibius of Alexandria (pencipta hydraulic). Pada sekitar abad ke 8, ia menjadi muzik iringan dalam perlawanan Gladiator, & mendapat tempat kekal di rumah ibadat. Organ paip hari ini ialah turunan dari organ purba itu. Angin di tiup kedalam paip menggunakan pump (seperti accordion) tetapi dalam bentuk & bunyi yang besar. Reed organ & harmonium jenis yg dimainkan sebelum terciptanya organ electric. Kecil seperti piano kecil, murah & mudah di bawa ke mana-mana tidak seperti organ paip yg besar.

Hammond organ
Chord organ dicipta oleh Laurens Hammond tahun 1950. Sejak 1940an organ elektrik kecil boleh diperolehi yang bunyinya sama seperti organ berpaip kemudian menjadi permulaan kepada alat muzik keyboard moden. Tahun 1960an-1970an organ menjadi alat popular kumpulan muzik Pop & Rock pada masa itu seperti The Doors, Led Zeppelin, Deep Purple, Iron Butterfly & banyak lagi. Ada juga rakaman alat organ dalam muzik Pop & pop tradisional Malaysia pada tahun 1960-an & 1970-an. Hari ini bunyi organ boleh dimainkan dari Keyboard Synthesizer yang menggunakan Digital Sound Processor didalam atau Sound Sampler dalam hardware keyboard. Alat keyboard moden hari ini boleh mengeluarkan pelbagai bunyi seperti alat windwood, reed, brass, string & percussion yang menyerupai bunyi alat sebenar.


Rock n Roll Fender organ 1960's
- See more at: http://rockofplanetearth.blogspot.com/p/alat-alat-muzik-modern-tradisional.html#sthash.knZd1Aca.dpuf

Tidak ada komentar:

Posting Komentar