Ukulele
Ukulele alat muzik kepulauan Hawaii berasal hasil dari intepretasi cavaquinho atau braguinha dan juga rajão, yang dibawa oleh pelayar Portuguese dari Eropah pada abad ke 19. Orang tempatan di pulau Hawaii yang belum pernah melihat alat muzik ini tertarik hati melihat jari-jemari tangan orang Portuguese bermain alat muzik itu lalu mereka menamakan gitar kecil itu Ukulele yang bererti "kutu melompat" kerana jari-jemari tangan pemain gitar kecil itu seperti "kutu yang melompat lompat" Ukulele mencapai popularity di USA abad ke 19 dan dari sana terkenal pula ke peringkat antarabangsa.![]() |
Double Bass |
Bass ialah nada rendah, biasanya di mainkan mengguna double bass, cello, tuba, gitar bass, piano & synthesizer bass. Bass penting kerana ia melengkapkan 3 bahagian dalam muzik iaitu:-
Bahagian Solo- Vocal & solo instrument
Bahagian Tengah- Rythmn
Bahagian Bass- Double bass, cello & gitar bass.
Di dalam muzik, bass akan di mainkan sebagai pengunci (key) kepada chord harmony dalam lagu. Bass dalam muzik moden pula dimainkan mengikut rentak drum atau gendang. Bass biasanya dimain mengguna petikan jari atau di gesek. Teknik "slap" & "thump" mula dimainkan sejak tahun 1940-an lagi. Tali gitar akan di tampar guna tangan & ibu jari untuk mengeluarkan bunyi kuat downbeat & upbeat. Pada akhir tahun 1960-an, kerana pemain drum dari pemuzik Jazz & RnB tidak hadir di persembahan mereka, pemain bass terpaksa mencuba bermain bass sambil membunyikan seperti rentak drum guna teknik slap & thump. Pemain bass itu ialah Larry Graham dari band funk Sly & The Family Stone. Teknik ini mendapat perhatian bagi pemuzik Jazz, Funk & RnB lalu mula terkenal dan menjadi style untuk persembahan & rakaman muzik ituu di tahun 1970-an sehingga hari ini. Dalam muzik Pop, biasanya bass line akan di petik mengikut kick drum rentak. Dalam lagu Rock ia dipetik berturut-turut.
Guitar Fender Jazz Bass
![]() |
Octo Bass |
Seperti yang anda tahu gitar Bass elektrik adalah gitar yang memainkan bunyi octave note yang paling low (bawah) sekali,sama seperti alat doublebass didalam orkestra & band jazz. Penggunaan nya bermula pada era RocknRoll. Tapi tahu kah anda, ada beberapa orang Kompser lagu classical yang menyertakan alat "Octobass" di dalam Orkestra seperti Berlioz, Mahler, Strauss, Brahms, Wagner, Tchaikovsky & banyak lagi. Bayangkan apabila mendengar lagu dari orkestra Berliotz, Mahler atau Wagner yang di iringi alat "octobass" ini, mesti "heavy" sound dia orang....
Contoh lagu Berliotz Symphonie Fantastique - 5th MovementBerliotz symphonie Fantastique-5th Movement.
Octo bererti lapan dlalam bahasa greek. perbezaan cello & octobass ialah seperti budak lelaki sebelum & selepas akil baligh. Mengikut catatan Berlioz Octobass boleh memainkan note paling bawah sekali diluar julat telinga manusia (tak boleh didengari). Tali bawah sekali di tune C1 (32.7 Hz), satu octave bawah daripada C alat cello (C2,65.41 Hz) Note ini seperti note paling bawah sekali pada alat doublebass modern yg mempunyai sambungan C. tali tengah di tune (tala atau tiun) ke G1, tali note paling atas di tune C2. Bagaimana pun oleh kerana Octobass adalah satu alat muzik yang besar sekali ia tidak begitu popular pada hari ini. Kita mungkin tidak akan pernah melihat alat ini di mainkan di dalam orkestra kerana double bass boleh di amplified kan bunyi pada orkestra moden (di letak microphone).
![]() |
ukiran gendang di Asia Barat |
Drum (gendang) di cipta oleh berbagai bangsa di masa lampau seawal 6000 BC (8000 tahun dahulu). ada yg telah dijumpai di Mesopotamia yg bertarikh 3000 BC (5000 tahun dahulu),
asia timur & afrika oleh arkeologist. Orang Afrika purba menggunakan gendang untuk meluahkan perasaan mereka dan juga sebagai alat perhubungan antara kampung. Rentak Rock n Roll & Jazz banyak dipengaruhi oleh pukulan gendang orang Afrika yg dibawa ke Amerika di masa lampau. Apabila didapati seorang boleh bermain beberapa gendang sekaligus, maka orang mula menyusun gendang gendang itu menjadi satu set.
![]() |
Goblet drum Darambuka purba |
Darbuka /darambuka di percayai berasal dari alat muzik Aryan atau Celt dari timur Eropah di bawa ke asia barat melalui perdagangan sejak ribuan tahun yang lampau. Bagaimana pun alatan gendang atau drum bukan lah milik satu bangsa sahaja kerana ia adalah ciptaan tersendiri. Alat ini terdapat dalam semua muzik kebudayaan di seluruh dunia. Dahulu gendang di guna sebagai alat komunikasi (perhugungan) di Afrika & pribumi Amerika. Juga sebagai alat spiritual dalam sesetengah kebudayaan lama. Dari China ke India, semenanjung Arab ke Afrika, Eropah & Russia, Asia tenggara & Polynesia, Pribumi Amerika utara hingga selatan semuanya ada gendang tradisi.
![]() |
Snare drum abad ke 18 |
Lihat video definisi mengani drum
Kick Drum
Ride Cymbal
Snare Drum
Tom-Tom
Crash Cymbal
Hi-Hat (hai-het)
FloorTom
Full Drum Set - Susunan Drum Penuh
Tidak ada komentar:
Posting Komentar