28/08/13

Muzik Dan Sejarah

Alat Muzik Modern Dan Tradisional

Accordion

Accordion alat muzik berbentuk kotak daripada keluarga bellow-driven free-reed aerophone kadang kala di rujuk sebagai squeezebox (kotak picit). Bunyi accordion datang dari udara yang dimampat & dikembang mengguna bellow semasa butang atau key ditekan menyebabkan udara bergerak & menggetarkan strip besi (reed) mengeluarkan bunyi dari dalam badan alat muzik itu. Prinsip nya sama seperti alat & nama purba harmonikos --harmonika Greek bermaksud music. Accordion, alat muzik biasa diguna dalam muzik folk (rakyat) & tradisional Eropah & seluruh dunia. Ia juga tergolong dalam keluarga Sheng & Khaen di china & Indochina (Asia timur). (menyerupai sompoton juga seruling dayak). Bentuk asal accordion dicipta di Berlin 1822 oleh Christian Friedrich Ludwig Buschmann, Pada abad ke 19 accordion mula sampai ke India menjadi alat muzik harmonium India & asia tenggara dibawa orang Eropah & perlahan-lahan meresap masuk kedalam permainan muzik tradisi tempatan. seperti joget, zapin & dondang sayang.

Fender Electric Guitar



Fender Stratocaster (stre-to-kes-te) solid body series tahun 1960-an. Badan diperbuat kayu keseluruhan. Neck head atau kepala leher dibentuk mengikut neck head Violin Stradivarius






The Shadows
Fender Musical Instrument Corporation di Scottsdale, Arizona pembuat gitar jenama Fender di asas kan oleh orang Amerika Leo Fender pada 1946. Dia yang memulakan gitar elektrik solid body (badan keras) seperti Stratocaster & Telecaster. Dia juga men-design gitar elektrik bass yang berjaya dari segi pemasaran & terkenal dalam muzik rock,jazz, country,Motown, funk & banyak lagi.Antara pemain gitar yang masih menggunakan gitar fender ialah  Jimi HendrixStevie Ray Vaughan,Danny GattonRoy BuchananAlbert CollinsBuck OwensDon RichDoyle HollyBob DylanDuff MckaganRitchie BlackmoreYngwie MalmsteenWaylon JenningsBuddy GuyJeff BeckSteve CropperTom MorelloKurt CobainRory GallagherGeorge HarrisonJohn FruscianteKeith RichardsBruce Springsteen,Steve Miller, Dave "Mello D" Fernandez, Brian WilsonRick ParfittFrancis Rossi,Hank MarvinEric ClaptonMark KnopflerDavid GilmourJohn MayerPete Townshend, Marc "Mad Dog" Davis, Mark HoppusMike DirntJim RootDave MurrayTinsley EllisTom PrincipatoBrad PaisleyKeith UrbanKenny Wayne ShepherdRobert Smith,

Lakran gitar untuk paten ciptaan gitar lap steel oleh Leo Fender pada 1944


Ilmu Bermain Alat Muzik Modern Berasal Dari Barat 

Seorang pemuzik atau pendengar lagu tempatan mungkin tahu setiap aspek dalam permainan muzik atau muzik moden yang didengarnya adalah ke-barat-an. Walaupun mungkin dia belajar dari mendengar muzik moden artis tempatan tetapi artis tempatan itu juga mendengar & belajar dari artis barat. Chord gitar ciptaan barat, bunyi rock gitar dari barat, scale muzik dari barat, bass line dari barat, pukulan beat drum 4/4, 2/4, 3/4 juga dari barat. Piano dari barat, keyboard dari barat, riff gitar barat inpirasi barat juga. Style nyanyian rock & pop baru atau lama juga kebaratan.

Memang kita tidak nafikan alat-alat muzik modern semuanya berasal dari barat. Di cipta atau diperbaiki hasil ciptaan itu oleh orang yang mahir di barat seperti Eropah atau Amerika. Bukan saja alat alat muzik tetapi theory muzik juga banyak yang di fikirkan, dicipta oleh artis karyawan seni dari barat sejak dari zaman kegemilangan seni Greek. Menulis nota muzik, aturan scale muzik & kord-kord untuk piano, gitar dicipta oleh mereka dari zaman itu kemudian diperbaiki pada zaman renaissance - baroque - romantic. Dipraktikkan dalam persembahan muzik orchestra, band marching military, lagu-lagu rakyat & juga muzik pop terawal pada permulaan abad ke 19.
     
Gitar

Gitar terbesar di Bristol, Tennessee, USA
Gitar atau Guitar ialah alat muzik paling popular dalam dunia. Dimana-mana sahaja kita boleh melihat orang bermain gitar. Gitar juga terdapat dalam berbagai rupa & bentuk samada gitar kayu atau elektrik.

Festival guitar di USA.
Terdapat lebih kurang50,000,000 juta orang yang bermain gitar di dalam dunia. penduduk Malaysia hanya berjumlah 27,467,837 orang sahaja. 


Oud Arab
Lute Eropah abad ke 15













Gitar alat muzik cordophones sejak zaman purba. Perkataan English-guitar, German-gitarre,­ France-guitare, Sepanyol-guitar­ra datang dari Arab Andalucian-Qitara semuanya diambil dari perkataan Latin- Cithara yang datang dari Greek purba-kithara juga adalah turun temurun dari pada bahasa Parsi lama (purba) Tar yang bermakna string (tali). Gitar (cithara) bukanlah juga berasal dari alat muzik asli Rom. Pengaruh oud orang moor semasa penaklukan ke atas semenanjung Iberia (Hispania) pada abad 8 & pengaruh alat lute 6 string orang scandinavia di negara takluk orang Viking di seluruh Eropah yang memungkinkan penciptaan gitar, alat bertali yg dipetik diseluruh Mediterranean & Eropah, terkenal & mashyur di Iberia semenjak zaman medieval. 2 alat itu dipanggil guitar diguna sepanjang tahun 1200: guitarra moresca (gitar moor) & guitarra Latina (gitar Latin).

Vihuela
"Vihuela" Sepanyol alat bentuk seperti gitar abad 15 & 16 dikatakan yang mempengaruhi perkembangan gitar. Vihuela yang dipetik berkembang pada pertengahan abad ke 15 di Kerajaan Negara Aragon (Kingdom Of Aragon atau Castilla La Aragon) terletak ditimur laut Sepanyol. Alat itu dipanggil viola da mano di Italy & Portugal. Ada Vihuela yang digesek berkembang menjadi viola. Di seluruh Eropah pada masa itu lute (loot) menjadi alat muzik utama yang seiras & dekat dengan oud orang moor (arab afrika utara). Perkataan viola itu sendiri adalah dari vihuela. Dari alat muzik 'tar'tamadun orang Parsi (sumeria, akkadia & Mesopotamia) alat muzikbertali purba itu berkembang menjadi kitharra Greek, oud Arab di barat & sitar, setar juga tanbur di Asia tengah & India.



Tidak ada komentar:

Posting Komentar